Thursday, 8 December 2011

25th October 2011

Kesihatanku bagai tidak mengizinkan untuk aku berjalan lebih lama.Tapi apakan daya,semangatku masih kental.Pelawaan mummy untuk ke bandar membeli keperluan Deepavali tidak ku tolak sama sekali.Masih terkenangkan Alex.Entah apa yang kufikirkan ketika dan saat ini.Aku hanya ingin mengubat hati yang lara dan cuba untuk tidak mengingati kejadian yang menimpanya.Hanya beberapa jam sahaja kami di bandar dan pulang semula ke rumah.Aku membeli sedikit sebanyak barang-barang yang ku inginkan dan idamkan selama ni.
Aku masih tidak percaya dia sanggup menyakiti hatiku yang berduka!!Kau sanggup ketepikan diriku ketika aku amat memerlukanmu hanya kerana dia??Aku berduka lagi.Hatiku sakit yang amat.Tapi demi menjaga nama dan maruah keluargamu,aku telan juga kepahitan yang kau berikan padaku.Tak pernah kau sedari hatiku kau sakiti?Tak pernah kau lihat dalam mataku...betapa jiwaku terseksa??Aku berharap agar hari ini berlalu dengan pantas.Hatiku sakit melihat kau bersama dia sedangkan aku berduka.

No comments:

Post a Comment